nie mylolilolie fish..klik.klik.ntuk bg fish makan :)

Wednesday, July 24, 2013

KERANA DENDAM? SANGGUP...

Hye bloggie
Hari nie yaya nak share pasal kes bunuh yang yaya baca je.
Adoi manusia sekarang makin kejam yaya tengok. Kadang kadang sampai tak abes fikir diorang nie manusia ke apa. Dah takde hati agaknya eh? Bunuh membunuh suka suka hati, bunuh diri satu hal pulak. Eh eh eh... panjang pulak membebel. hehe. Haa.... Kat bawah tuh yaya dah copy paste dari akhbar hari nie untuk korang baca.....
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mangsa bunuh di Kampung Padang Siding, Arau, semalam. - Foto Amran Hamid
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.
Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan. 

Tiada tanda kecederaan
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.
“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. 


So, jom kita sama sama jadikan pengajaran. Sorry kalau ada salah kat mana mana. Ceriakan hari hari kita. Selamat berpuasa ye!
sudah baca kalau suka rajin-rajin lar click button LIKE

Monday, July 22, 2013

REMIND ME OF YOU

Hye all . Ntah apa mimpi tiba tiba malam nie datang mood jiwang pulak . Before that, sape taknak baca hentikan je laa . hehe . To bulat, haa iye . Lagu nie untuk bulat saya . Dia sayang yaya yang paling comel . hehe . 
Walaupun dia selalu mengadu badan dia dah gemok sangat . Hey! dia tetap comel . haha . Banyak mana bertambah skalipun size seluar dia, takde hal laa . 
Layan sketsa nie.....
Bulat : Awak...Saya dah makin gemok!
Me : Takpe laa..
Bulat : Awak...Berat saya dah over over overweight!
Me : Takpe laa..
Bulat : Awak...Perut saya buncit sangat dah!
Me : Awak...Dengar saya cakap.Saya sayang awak seadanya.Awak gemok,buncit,overweight,itu tak penting.Yang penting awak sentiasa sihat dan bahagia.Ingat tuh!
P/s : Saya doakan awak sentiasa sihat dan bahagia 

sudah baca kalau suka rajin-rajin lar click button LIKE

Tuesday, July 16, 2013

DUA BULAN

Hye Hye Hye .
ada orang tak ?
lantak ada ke tak yaya nak membebel jugak . hehe 

Anyway Salam Ramadhan semua 
sedar tak sedar . dah seminggu kan kita puasa . 
dan dah lebih dua bulan tak jumpa my bulat (nak selit jugak kan)
huhu . mesti lahh rindu !

dah dah . post yaya kali nie just nak share skit aktiviti yaya sepanjang cuti yang panjang berjela-jela nie . sebelum tuh untuk sape2 yang rasa taknak baca, tak dipaksa ye . hehe . okay sekarang yaya just duduk rumah goyang kaki tangan dan seangkatan dengannya . sambil sambil dengar mama membebel . hohoho . ampun mama ~

dalam bosan bosan yaya ada laa try menghasilkan skit produk kecantikan . hahaha . tak tak guro je . yaya just buad pin tudung yang kecik molek . nak tengok ? meh meh yaya tunjuk skittttt:

nie percubaan pertama yaya . comot skit kot . hehe

sebahagian tempahan yang dah siap
haa . itulah keje yaya sekarang . walaupun tak seberapa, boleh laa kumpul duit skit skit . nak tahu tak sape yang jadi mangsa menjual benda alah nie ?
hahahahaha...gelak jahat 
mesti laa adik yaya . memandangkan dia je adik perempuan yaya yang masih sekolah, memang dia laa jadi sasaran . hahaha . takkan nak suruh abg chik pulak . kang jatuh saham dia . hahaha . 

okaylahh . dah panjang sangat nie yaya merepek . 
selamat menjalani ibadah berpuasa ye . 
untuk sidia tersayang, saya sayang awak . selalu ingat tuh . hehehe


sudah baca kalau suka rajin-rajin lar click button LIKE

Saturday, July 6, 2013

OH LALA

hye bloggie !
lama tak bersua kan . hehe . pelik tak tibe2 yaya muncul ? yaya rindu dunia maya nie . hey . berita gumbira....yaya dah abes diploma . hehe . sekarang tengah tunggu jawapan untuk sambung degree pulak . so excited ! insyaallah dapat . doakan yaya tau .
untuk malam nie yaya taknak merepek panjang2 . just an intro . haish . dah kekok laa nak tekan2 nie . haha . but  no worry . yaya still nak berkongsi cerita .
wait naa ..... 



sudah baca kalau suka rajin-rajin lar click button LIKE