nie mylolilolie fish..klik.klik.ntuk bg fish makan :)

Wednesday, July 24, 2013

KERANA DENDAM? SANGGUP...

Hye bloggie
Hari nie yaya nak share pasal kes bunuh yang yaya baca je.
Adoi manusia sekarang makin kejam yaya tengok. Kadang kadang sampai tak abes fikir diorang nie manusia ke apa. Dah takde hati agaknya eh? Bunuh membunuh suka suka hati, bunuh diri satu hal pulak. Eh eh eh... panjang pulak membebel. hehe. Haa.... Kat bawah tuh yaya dah copy paste dari akhbar hari nie untuk korang baca.....
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mangsa bunuh di Kampung Padang Siding, Arau, semalam. - Foto Amran Hamid
Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat di tangga kayu yang disandarkan pada sebatang pokok manggis di dusun di Kampung Padang Siding di sini, semalam.
Ketika mayat ditemui orang awam kira-kira jam 9 pagi, kemaluan mangsa dikatakan dibiarkan terdedah, dipercayai untuk mengaibkannya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, berkata polis tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa serta tiada kesan kecederaan. 

Tiada tanda kecederaan
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian serta motif utama pembunuhan kerana tiada sebarang tanda kecederaan ditemui pada mayat itu.
“Bagaimanapun, keadaan mayat yang terikat dengan kemaluan yang sengaja didedahkan mungkin boleh memberi petunjuk bahawa kes itu kemungkinan besar bermotifkan dendam,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk bedah siasat. 


So, jom kita sama sama jadikan pengajaran. Sorry kalau ada salah kat mana mana. Ceriakan hari hari kita. Selamat berpuasa ye!
sudah baca kalau suka rajin-rajin lar click button LIKE

No comments: